Saturday 27 August 2011

Jgn lupa bank in duit raye ye..ahax!

     Salam peeps..hari ini hari yg ke 27 Ramadhan,alhamdulillah.Mesti ramai yang nk pakat balik kpg hari ini.Cuti sekolah pown dh start & Isnin depan (29 Ramadhan),orang dh nk tengok anak bulan dh.Tetiba pulak bile bgn pagi td,rase bersemangat nk raya..hehe..InsyaAllah,kalau cuaca elok ptg sket nk bwk hubby n Syasya g beli brg utk raya sket.Honestly,kiteorg lom prepare satu benda pown utk raya.Rumah pown tak kemas lagi..Cake?Biscuit raya?beli jew..hehe..
    Before hubby keluar tadi dye nmpk la anak jiran dh start cuci & lap tingkap (setahun sekalikn baru org kita nk bersihkan tingkap2&dinding2 umah..:p) so dye pown sound direct la kt wife dye yg mithali ni.."Orang laen dh cuci tingkap dh,tingkap kite ni bile plak ye?"..haha..kan still ada few days b4 raya,chill la darl...:p
    These few days also,kiteorg selalu on phone dgn family back in Kuching.Homesick gileee!!Both sides (mine and hubby's) families dh decorates rumah,shopping raya,siblings dh berkumpul...pendek kata,dyeorg dh ready nk raya!..hurm..thn ni pesanan utk families kt kpg same jew, "jgn lupa bank-in duit raya Syasya ye.."..haha..walaupun kteorg jauh but still duit raya HARUS dikumpul..:p
     Whatever it is,saya harap bloggers semua dh ready dgn semua preparation utk raya & for those yg tak dpt balik kpg beraya dgn family,you are not alone..kteorg pown tak dpt blk gak..huhu..tapi takpe,sbb yg paling penting,kita dh menjalankn ibadah puasa dgn sebaik-baiknya & dgn teknologi skrg ni,pe lg skype le dgn family selalu utk redakan sket rasa homesick tu..
    Be good guys and be thankful always 4 wat we have..=)

Labels:

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday: Children,gifts from Allah..

SYASYA HUSNA, 2 YEARS OLD (MY BABY!)


WHY SOME PEOPLE HAVE THE HEART TO KILL AMANAH FROM ALLAH???




Saturday 20 August 2011

Raya ke???

 Salam semua..Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari ke-20 Ramadhan.Banyak bloggers buat entry pasal raya & saya pown tergerak gak nk tulis psl raya ni.Bila menjelang raya,soalan - soalan yang selalu bermain difikiran semua org:

1) SI ANAK:
* Tahun ni berapa pasang la baju yang mak ngn bapak aku nak belikan?
* Banyak tak duit raya aku thn ni?
* Color pew ek tema baju thn ni?
* Nk g umah sapa thn ni?(dpt la aku nk tayang bf/gf baru aku)
* Balik kpg ke tak thn ni?..(harap2 la tak balik,kwn2 smua kt sini).

2) SI IBU:
* Kalau aku nk tukar sarung cushion,langsir,alas meja semua laki aku bagi tak?
* Orang umah sebelah nk tukar pe ye raya thn ni?
* Berapa bijik kek aku nk buat?
* Biskut raya buat sendiri ke nak beli jew?
* Laki aku dpt bonus tak tahun ni? (harap2 le dpt,aku nk beraya sakan thn ni!)
* Balik kpg aku ke kpg dia thn ni?
* Nak msk pe utk pagi raya nanti?
* Bila la laki aku nk bwk g shopping raya ni?

3) SI AYAH:
* Dapat bonus ke tak thn ni? (harap2 le dpt,byk nk gne duit bln ni)
* Ntah berapa la zakat fitrah thn ni ye?
* Bila la boss aku nk approve cuti raya ni?tgl seminggu je nk raya ni wei!
* Kereta kena servis dulu kalau nak balik kpg,cukup ke budget aku thn ni?

  Sape yang ade terfikir soalan2 diatas sila angkat kaki masing2..haha..mesti ade kn?Apa2 pown,satu jew nasihat saya;bila berbelanja tu biarlah berhemah.Kalau budget kita ciput,berbelanja la ala2 ciput (ade ke ayat mcm ni?)..haha.Tak payah la nk ikut org laen.Perlu ke nak tukar semua baru?Agak2 la ye.Apa yang penting,kita boleh berkumpul & berjumpa dgn semua ahli keluarga & kawan2.Hargai setiap detik bersama.

Labels:

Thursday 18 August 2011

TAZKIRAH : Duhai wanita,perempuan dan gadis..

   1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suamiingin masuk.
f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung padaredha atau tidaknya suami padanya.

Labels:

Tuesday 16 August 2011

Solat dan Syasya Husna

      Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi SAW didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan shalat.” Maka beliau melakukan shalat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Maghrib ketika mayahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Shubuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang
(HR Ahmad, Nasai dan Tirmizy. )
      Di atas adalah di antara dalil yang menunjukkan kepentingan solat. Setiap kali menyentuh  mengenai solat,saya selalu teringat dengan pesanan pensyarah saya sewaktu di International Islamic College,Kuala Lumpur dulu iaitu Madam Syaidatul,katanya "waktu kamu masih bujang,lom kawen ni solat la.Nanti bila dah kawen,dah de anak susah nak solat dengan kusyuk.Baru je tutup pintu bilik nak solat,anak-anak dok ketuk la pintu..menjerit nak itu nak ini,dye tu buat macam tu,macam ni.Belum lagi bila dah siap berwudhuk semua,suami pulak panggil,ajak bermanja".Saya masih ingat bagaimana seluruh kelas gelak bila dengar pesanan Madam 
Syai tapi sekarang,bila saya dah berkahwin dan mempunyai anak,saya akhirnya faham maksud pesanan tu.
    Solat sebelum dan selepas berkahwin memang ada perbezaan bagi saya.Dulu sebelum kahwin,bila nak solat jarang ada gangguan tapi sekarang,semenjak ada Syasya Husna (SHs) semuanya berubah.Untuk mendapat solat yang kusyuk amatlah payah.Bila tiba waktu solat,sekiranya suami saya ada,kami akan berjemaah bersama-sama dengan adik saya dan tidak dilupakan sekali si kecil (SHs). Senario yang selalu berlaku sebelum kami berjemaah;
adik dan suami saya akan mengingatkan SHs untuk tidak bermain-main dan membuat bising sewaktu solat.Tapi, apalah sangat yang budak 2 tahun tahukan?
  Sewaktu tengah solat,anak saya biasanya hanya akan turut bersolat bersama pada rakaat pertama saja.Selepas itu,dia akan mula menyanyi atau bercakap-cakap dengan suara yang kuat.Kadang-kadang dia akan lalu berulang kali dihadapan saya dan apabila saya sujud dia akan berkata ,"Move please..up..up"..Dan selalu juga berlaku,saya tidak dapat sujud kerana dia akan duduk atau baring di hadapan saya. Tetapi yang peliknya,apabila kami sampai ke rakaat yang terakhir dan memberi salam,dia akan duduk di tempat dia sendiri dan bersedia untuk bersalaman dengan semua orang.
   Pernah juga berlaku,solat jemaah kami terbatal gara-gara tidak tahan dengan telatah Shs.Kami hanya akan dapat solat dengan aman sekiranya Syasya Husna tertidur di atas sejadah sewaktu sujud dan itu biasanya terjadi sewaktu solat subuh dan isya'.Selalunya,selepas kami solat,SHs akan dimarahi dan ditegur oleh hampir semua orang termasuk saya sendiri dan selepas itu barulah dia akan mengaji iqra'.
  Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah,bukannya saya hendak menunjuk amalan saya dan keluarga saya,bukan,tidak sama sekali.Tetapi,saya cuma mahu mengingatkan dan berpesan dengan semua supaya menjaga solat dan hargailah kesempatan untuk melakukan solat dengan kusyuk sebaik-baiknya.Solat itu tiang agama.


Syasya Husna and Me



Labels:

~Anak-Anak yg di besarkan di tirai besi~

     Sesiapa yg menonton "Singgah Sahur 2011" minggu lepas mesti masih ingat lagi tentang paparan mengenai banduan- banduan yang berada di Penjara Wanita Kajang. Sungguh menyayat hati apabila melihat anak- anak kecil yang di dodoikan oleh ibu-ibu mereka di dalam sel. Mungkin ianya "Motherly Instict" atau "naluri keibuan" yang menyebabkan saya merasa sungguh pilu melihat keadaan anak-anak kecil tetapi rasanya bukan sahaja seorang ibu tapi mana- mana manusia yang mempunyai hati dan perasaan pasti terkesan melihat paparan tersebut.
    Persoalan yang bermain-main di fikiran saya;bagaimana dengan perkembangan tumbesaran anak- anak kecil dibesarkan di dalam persekitaran yang sedemikian jika dibandingkan dengan anak-anak lain.Bayangkan mereka masih bayi tetapi sudah terpaksa mendiami tempat yang terutup,dengan persekitaran yang terhad dan yang lebih menyedihkan,mereka tidak akan bersama dengan ibu-ibu mereka setiap masa tetapi akan sampai suatu ketika dimana mereka akan dipisahkan dari ibu-ibu mereka dan diserahkan kepada keluarga-keluarga angkat.
   Untuk anak-anak ini, saya doakan semoga mereka akan membesar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna dan berjaya.Bagi saya,secara peribadi kehidupan yang dilalui oleh banduan-banduan wanita ini bersama dengan anak- anak mereka membuatkan saya menginsafi dan mensyukuri segala apa yang saya dan keluarga saya miliki.Diharap para banduan wanita yang membesarkan anak-anak mereka di dalam penjara akan tabah dan bersabar dengan dugaan Allah kerana sesungguhnya,segala dugaan yang melanda setiap manusia didunia ini adalah tidak akan melebihi kemampuan kita.
Kehidupan Ibu Tirai Besi
 

Labels:

Saturday 13 August 2011

Away from home on raya..:(

 Salam to all.Today is the 13th day of Ramadan and there are still 2 more weeks to come before hari raya.Most of us are already excited getting ready for this great holy day while for me here,actually i still cant accept the fact that me and my family will not going back to Kuching,Sarawak to celebrate raya with our families.This is the first time that me,my hubby and our lil' missy; Syasya Husna celebrating raya on our own (even though my lil' bro is here wih us but still,without my parents raya will become a bit meaningless to me).
   To tell you the truth,i'm a bit worry about celebrating raya this year as i have to cook all the dishes (and i'm not good at it!!!).When i'm with my family,i didn't do the cooking but my mom and big sis are.I'm more into decorating the house and all that kind of stuff.My hubby laughed at me when i'm whining to him about this.I know maybe some of you will think,"How come you want to get married when you don't know how to cook?"..Correction dear,its not that i don't know how to cook AT ALL,its just the heavy meals liked rendang,serunding and some other dishes which are the "MUST HAVE" during raya that i'm totally have no idea how to make them..but i did do some research on the recipes though.
    Its not only foods that worries me,but also how to make the sappy sad feeling will not gonna effect our home on the eve and first day of raya. I still remembered how i felt when i spent my raya without my family when i was studied at International Islamic College,KL once. I still can remembered clearly how i cried on the raya eve when i heard takbir and i spent the first raya inside my room resisting to go visiting with others.This year,i have to make sure that will not gonna happen anymore and yea,i need to admit that i'm already a grown up girl (even though its bit too late to admit.haha) and my small family's happiness is all that matters the most than myown.
   Let just pray that all of us will have a happy an great raya with or without our loved ones.Amen.
with my family n cousins


along.niesya,syasya n me




iman,niesya n muzahid


*photos of raya 2010.