~Anak-Anak yg di besarkan di tirai besi~
Sesiapa yg menonton "Singgah Sahur 2011" minggu lepas mesti masih ingat lagi tentang paparan mengenai banduan- banduan yang berada di Penjara Wanita Kajang. Sungguh menyayat hati apabila melihat anak- anak kecil yang di dodoikan oleh ibu-ibu mereka di dalam sel. Mungkin ianya "Motherly Instict" atau "naluri keibuan" yang menyebabkan saya merasa sungguh pilu melihat keadaan anak-anak kecil tetapi rasanya bukan sahaja seorang ibu tapi mana- mana manusia yang mempunyai hati dan perasaan pasti terkesan melihat paparan tersebut.
Persoalan yang bermain-main di fikiran saya;bagaimana dengan perkembangan tumbesaran anak- anak kecil dibesarkan di dalam persekitaran yang sedemikian jika dibandingkan dengan anak-anak lain.Bayangkan mereka masih bayi tetapi sudah terpaksa mendiami tempat yang terutup,dengan persekitaran yang terhad dan yang lebih menyedihkan,mereka tidak akan bersama dengan ibu-ibu mereka setiap masa tetapi akan sampai suatu ketika dimana mereka akan dipisahkan dari ibu-ibu mereka dan diserahkan kepada keluarga-keluarga angkat.
Untuk anak-anak ini, saya doakan semoga mereka akan membesar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna dan berjaya.Bagi saya,secara peribadi kehidupan yang dilalui oleh banduan-banduan wanita ini bersama dengan anak- anak mereka membuatkan saya menginsafi dan mensyukuri segala apa yang saya dan keluarga saya miliki.Diharap para banduan wanita yang membesarkan anak-anak mereka di dalam penjara akan tabah dan bersabar dengan dugaan Allah kerana sesungguhnya,segala dugaan yang melanda setiap manusia didunia ini adalah tidak akan melebihi kemampuan kita.
Kehidupan Ibu Tirai Besi
Labels: LIFE
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home