Solat dan Syasya Husna
Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi SAW didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan shalat.” Maka beliau melakukan shalat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Maghrib ketika mayahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Shubuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.
(HR Ahmad, Nasai dan Tirmizy. )
Di atas adalah di antara dalil yang menunjukkan kepentingan solat. Setiap kali menyentuh mengenai solat,saya selalu teringat dengan pesanan pensyarah saya sewaktu di International Islamic College,Kuala Lumpur dulu iaitu Madam Syaidatul,katanya "waktu kamu masih bujang,lom kawen ni solat la.Nanti bila dah kawen,dah de anak susah nak solat dengan kusyuk.Baru je tutup pintu bilik nak solat,anak-anak dok ketuk la pintu..menjerit nak itu nak ini,dye tu buat macam tu,macam ni.Belum lagi bila dah siap berwudhuk semua,suami pulak panggil,ajak bermanja".Saya masih ingat bagaimana seluruh kelas gelak bila dengar pesanan Madam
Syai tapi sekarang,bila saya dah berkahwin dan mempunyai anak,saya akhirnya faham maksud pesanan tu.
Solat sebelum dan selepas berkahwin memang ada perbezaan bagi saya.Dulu sebelum kahwin,bila nak solat jarang ada gangguan tapi sekarang,semenjak ada Syasya Husna (SHs) semuanya berubah.Untuk mendapat solat yang kusyuk amatlah payah.Bila tiba waktu solat,sekiranya suami saya ada,kami akan berjemaah bersama-sama dengan adik saya dan tidak dilupakan sekali si kecil (SHs). Senario yang selalu berlaku sebelum kami berjemaah;
adik dan suami saya akan mengingatkan SHs untuk tidak bermain-main dan membuat bising sewaktu solat.Tapi, apalah sangat yang budak 2 tahun tahukan?
Sewaktu tengah solat,anak saya biasanya hanya akan turut bersolat bersama pada rakaat pertama saja.Selepas itu,dia akan mula menyanyi atau bercakap-cakap dengan suara yang kuat.Kadang-kadang dia akan lalu berulang kali dihadapan saya dan apabila saya sujud dia akan berkata ,"Move please..up..up"..Dan selalu juga berlaku,saya tidak dapat sujud kerana dia akan duduk atau baring di hadapan saya. Tetapi yang peliknya,apabila kami sampai ke rakaat yang terakhir dan memberi salam,dia akan duduk di tempat dia sendiri dan bersedia untuk bersalaman dengan semua orang.
Pernah juga berlaku,solat jemaah kami terbatal gara-gara tidak tahan dengan telatah Shs.Kami hanya akan dapat solat dengan aman sekiranya Syasya Husna tertidur di atas sejadah sewaktu sujud dan itu biasanya terjadi sewaktu solat subuh dan isya'.Selalunya,selepas kami solat,SHs akan dimarahi dan ditegur oleh hampir semua orang termasuk saya sendiri dan selepas itu barulah dia akan mengaji iqra'.
Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah,bukannya saya hendak menunjuk amalan saya dan keluarga saya,bukan,tidak sama sekali.Tetapi,saya cuma mahu mengingatkan dan berpesan dengan semua supaya menjaga solat dan hargailah kesempatan untuk melakukan solat dengan kusyuk sebaik-baiknya.Solat itu tiang agama.
Syasya Husna and Me |
Labels: MINE
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home