Salam guys..sekarang ni,boleh dikatakan hari2 kita baca & dgr tentang serbuan2 yg dilakukan oleh pihak PDRM ke atas premis2 pusat hiburan serata negara.Macam trend plak skrg ni,pusat2 hiburan menghidangkan tarian tiang atau pole dance utk para pengunjung.Mostly,para penari ni akn berpakaian seksi & menari dgn lentok badan yg mengghairahkan.
Ala,korang pown bole bygkn mcmne tarian ni..kt dlm filem2 hollywood byk ..yg menjadi persoalannya sekarang,kenapa denda utk penari2 tarian tiang yg beragama Islam cuma RM25 jika tertangkap?sungguh tak masuk akal!Kalau denda hanya sebanyak tu,of course la penari2 ni senang2 jew bole byr denda tersebut & meneruskan pekerjaan dyeorg tu.Yela,income dyeorg mesti lebih besar drpd RM25 tu kn?
Pelik betul la dgn hukuman tu..kalau kita kena saman sebab salah parking pown kadang2 sampai dekat nk RM100..ni tarian tiang,RM25 jew!Mcm mane la penari2 ni nk takut & insaf kalau ciput ni hukumanny!haish..tak patut btl!
Kt bwh ni,saya lampirkan berita dari Kosmo & anda semua bole tgok dgn jelas yg penari2 yg disabitkn kesalahan tu siap senyum lagi lps kuar dr bilik mahkamah..gelakkn bayaran denda tu la kowt!
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
kosmo
Labels: LIFE