Saturday, 20 August 2011

Raya ke???

 Salam semua..Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari ke-20 Ramadhan.Banyak bloggers buat entry pasal raya & saya pown tergerak gak nk tulis psl raya ni.Bila menjelang raya,soalan - soalan yang selalu bermain difikiran semua org:

1) SI ANAK:
* Tahun ni berapa pasang la baju yang mak ngn bapak aku nak belikan?
* Banyak tak duit raya aku thn ni?
* Color pew ek tema baju thn ni?
* Nk g umah sapa thn ni?(dpt la aku nk tayang bf/gf baru aku)
* Balik kpg ke tak thn ni?..(harap2 la tak balik,kwn2 smua kt sini).

2) SI IBU:
* Kalau aku nk tukar sarung cushion,langsir,alas meja semua laki aku bagi tak?
* Orang umah sebelah nk tukar pe ye raya thn ni?
* Berapa bijik kek aku nk buat?
* Biskut raya buat sendiri ke nak beli jew?
* Laki aku dpt bonus tak tahun ni? (harap2 le dpt,aku nk beraya sakan thn ni!)
* Balik kpg aku ke kpg dia thn ni?
* Nak msk pe utk pagi raya nanti?
* Bila la laki aku nk bwk g shopping raya ni?

3) SI AYAH:
* Dapat bonus ke tak thn ni? (harap2 le dpt,byk nk gne duit bln ni)
* Ntah berapa la zakat fitrah thn ni ye?
* Bila la boss aku nk approve cuti raya ni?tgl seminggu je nk raya ni wei!
* Kereta kena servis dulu kalau nak balik kpg,cukup ke budget aku thn ni?

  Sape yang ade terfikir soalan2 diatas sila angkat kaki masing2..haha..mesti ade kn?Apa2 pown,satu jew nasihat saya;bila berbelanja tu biarlah berhemah.Kalau budget kita ciput,berbelanja la ala2 ciput (ade ke ayat mcm ni?)..haha.Tak payah la nk ikut org laen.Perlu ke nak tukar semua baru?Agak2 la ye.Apa yang penting,kita boleh berkumpul & berjumpa dgn semua ahli keluarga & kawan2.Hargai setiap detik bersama.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home