Tuesday, 4 October 2011

Bayi Baru Lahir Di Campak Dari Tingkat 2..

     Salam peeps..Sewaktu menonton Buletin Utama (TV3) pukul 8pm tadi,saya rasa sungguh tersentak apabila terdengar berita tentang bayi malang yang baru dilahirkan dicampak dari tingkat 2 sebuah rumah flat di Gombak. Menurut berita tersebut,bayi malang tersebut dilahirkan cukup sifat & pihak polis bagaimanapun telah berjaya menahan seorang gadis yang berusia 19tahun yang berasal dari Serbak Bernam.

    Mayat bayi yang tidak berdosa tersebut tercampak di dalam longkang dengan keadaannya yang masih bertali pusat.Apakah perasaan korang semua apabila mendengar berita seperti ini?Saya?Saya berasa amat marah & sedih sekali.Kenapa seorang manusia yang cukup akal fikiran sanggup membunuh seorang makhluk Allah yang lain tanpa ada belas kasihan.Bayi kecil tu!

  Apa yang boleh saya fikirkan,si gadis tersebut mungkin samada sudah terlanjur dengan teman lelakinya atau pown dye mungkin adalah mangsa rogol.Tapi,walau apa pown keadaan @ situasi yang si gadis tersebut alami,sesungguhnya dye masih tiada hak untuk menghabiskan nyawa bayi yang tidak berdosa itu!Banyak lagi orang di luar sana yang menanti bertahun-tahun untuk mempunyai anak sendiri tetapi orang seperti gadis ini dengan mudah jew mencampak anaknya ke bawah terus kedalam longkang.

  Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w & bertanya " Ya Rasulullah,apa hak anakku ini?" Nabi s.a.w menjawab, " Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik & memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)." (HR.Aththusi).

  " Cintailah anak- anak & kasih sayangi lah mereka.Bila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah.Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang memberi mereka rezeki.
(HR.Ath-Thahawi).

  "Bertakwalah kepada Allah & berlakulah adil terhadap anak-anakmu." (HR.Bukhari & Muslim). "Barangsiapa mempunyi 2 anak perempuan & diasuh dengan baik maka mereka akan menyebabkannya masuk syurga." (HR.Bukhari).

   Mungkin ramai yang tidak tahu,anak-anak sebenarnya adalah penyejuk mata bagi ibu bapa.Saya berasa amat tidak puas hati & geram apabila melihat ibubapa yang tidak memperlakukan anak-anak mereka dengan baik.Sebagai contoh,pada bulan lepas sewaktu saya menghadiri monthly pregnancy medical check up di sebuah klinik kesihatan di JB ni,saya melihat seorag ibu yang memarahi anaknya dengan menggunakan bahasa yang sungguh kesat sekali..

  " Kalau kau berani buat,buatlah.aku tumbuk muka kau sampai pecah..ha,buatlah kalau berani".Saya yang melihat kejadian tersebut merasa hairan,kenapalah seorang ibu sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu,di tempat public lagi!Lepas tu,Sabtu lepas sewaktu saya & keluarga pergi ke pasar malam di Kempas,adalah seorang peminta sedekah ni duduk di atas bahu jalan sambil anak kecilnya tidur dipangkuan.Rasa macam nak jerit jew kt peminta sedekah tu suruh dye hantar anak dye tu balik.

    Bagi yang tak sempat nk tengok berita tu,klik la kt link bawah ni:
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ibu_Campak_Bayinya_Dari_Tingkat_Dua_Pangsapuri.html

     Bagi yang sedang mengandung anak luar nikah,saya merayu sangat-sangat,janganlah buang anak tu sesuka hati.Banyak orang kat luar tu yang sudi jaga.Kalau malu sangat,tinggalkan lah baby tu kat "Baby Hatch" atau rumah-rumah kebajikan.Ingatlah,anak tu tak berdosa & janganlah tambahkn dosa yang sedia ada.Satu lagi,jgn lupa,apabila kita mati nanti,kita amat perlukan anak-anak utk mendoakan kesejahteraan kita di alam barzakh.

    So peeps,be good & in everything that we do,we need to consider the consequences of our actions.

love them

Anugerah Allah kpd kita

 





Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home